Assalammualaikum semua. . . .

Berikut ialah antara laman blog dan blogshop online saya:
www.jomwangi.biz, pustakaalmanhar.com, cikguhenry.blogspot.com.
Jom Sertai Projek Kerjasama Usahawan Melayu Online
Saya bercadang untuk membuat satu Fan Facebook dan blog yang diselia
oleh lebih daripada satu admin. Sekurang-kurangnya lima admin.
Tujuannya, supaya blog dan fan page tu sentiasa diupdate oleh
admin-admin tadi. Apabila diupdate, akan ramai la pengunjung yang akan
mengunjungi blog itu nanti.
Apa Kelebihannya?
Di blog dan fan page tu nanti, kita boleh gunakan untuk mempromosi
produk masing-masing sama ada dalam bentuk banner, posting, atau iklan
teks. Setiap posting blog kita boleh share link di fan page, sekaligus
akan meningkatkan jumlah pengunjung blog tersebut. Peningkatan jumlah
pengunjung bermakna peluang untuk membuat jualan produk semakin
cerah.
Syarat Penyertaan
1. Mempunyai pengetahuan asas mengendalikan blog jenis Blogspot. Saya
hanya gunakan Blogspot kerana mudah dikendalikan berbanding Wordpress.
Tapi kalau anda sudi nak buatkan blog Wordpress, lagi bagus. Saya juga
akan gunakan domain dengan namadomain.com.
2. Anda mesti rajin buat posting. Sekurang-kurangnya seminggu posting 3
artikel sahaja. Posting artikel berbentuk bebas. Sama ada cerita, tips,
politik, kesihatan, dan sebagainya. Asalkan tidak mengandungi elemen
negatif.
3. Mestilah jujur dan amanah kerana admin akan diberikan Username dan
Password untuk mengendalikan blog. Dan akan dilantik sebagai admin bagi
fan page FB.
4. Syarat yang lain akan diberitahu kemudian.
Jika anda berminat untuk menyertai saya, sila SMS ke 013-4660895.
0 comments:
Post a Comment