Jualan produk hari ini menggunakan blog dan Facebook.
Jualan yang saya paparkan melalui print screen di atas untuk hari ini mungkin tidak besar seperti mana jualan yang dibuat oleh otai-otai online bisnes yang lain. Tapi, bagi saya itu sudah mencukupi kerana saya melakukannya secara part time. Hanya di depan PC buruk yang saya beli pada 2007 sewaktu belajar di UPSI dulu.
Hari ni saya dah ada kerja tetap dalam sektor awam. Tapi itu tidak menghalang saya untuk terus mencari pendapatan sampingan. Bukan sebab mata duitan atau nafsu yang tak pernah puas. Bagi saya, kalau peluang untuk jana pendapatan halal sudah terbuka luas di depan mata, apa masalahnya kalau saya mencuba.
Sekurang-kurangnya melalui pendapatan sampingan ini saya boleh melangsungkan perkahwinan tanpa menebal muka ke bank untuk buat pinjaman bank. Juga saya boleh gunakannya untuk sara pembedahan ibu saya yang melibatkan kos tinggi. Juga saya boleh gunakan untuk bayar downpayment perumahan untuk masa akan datang. Saya juga boleh menyara kereta dan pelbagai bil tanpa menyentuh gaji bulanan. Dan amat banyak lagi manfaat yang saya peroleh melalui perniagaan online ini.
Jadi, bagaimana nak mula ?
Pastikan anda mempunyai produk yang sesuai untuk diniagakan di internet. Ada pendapat mengatakan hanya produk tertentu sahaja yang sesuai diniagakan di internet. Antaranya ialah produk yang sukar diperoleh di pasaran atau kedai biasa.
Selain itu, produk mestilah sesuai dihantar menggunakan perkhidmatan pos dan kurier supaya anda tidak mengalami kesukaran ketika menghantarnya kepada pelanggan.
Antara contoh produk yang saya syorkan di sini ialah minyak wangi, produk kesihatan, pakaian, kain, part kereta, buku, dan banyak lagi.
Medium pemasaran paling sesuai ?
Ada banyak medium pemasaran yang sesuai. Tapi sejak dahulu saya hanya menggunakan blog dan Facebook sebagai medium pemasaran.
Bersambung . . .