Assalammualaikum,
Hai geng. Mungkin ada antara anda yang berniat nak tukar sarung fabrik kerusi dan door trim kereta anda dengan kulit.
Saya pun terfikir nak tukar sarung door trim dengan kulit. Sebabnya, fabrik warna perang yang sedia ada susah nak jaga, senang kotor.
Sesiapa yang tinggal di Ipoh, ada sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Kedai ni terletak di tepi Jalan Kampar, menghala ke Medan Kit.
Harga?
Untuk kulit original, kulit telah siap dijahit untuk satu set kerusi (empat kerusi) dan satu set door trim (empat door trim). Kedai hanya sarungkan kulit dan kemaskan. Harga untuk kereta model Civic FD ialah kira-kira RM3000 lebih. Jualan hanya untuk satu set lengkap (kerusi dan door trim). Tak boleh beli asing-asing.
Untuk kulit yang tak original, pekedai akan gunakan kulit yang belum siap dijahit. Pelanggan boleh pilih nak pasang kat belah mana. Harga untuk satu set kerusi kira-kira RM800 untuk model Civic.
1 comments:
kedai kat mana ni
Post a Comment