1. Hilangkan Jerawat Dengan
Tomato.
Buah tomato mempunyai
pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk
kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan
jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar
sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air
suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
2. Hilangkan Jerawat Dengan
Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit
kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan
sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya
sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan
air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit
kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.
3. Hilangkan Jerawat Dengan
Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe
vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan
parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan
bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada
bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan
waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
4. Hilangkan Jerawat Dengan
Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat
gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi
kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu
untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
5. Hilangkan Jerawat Dengan
Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning
telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu
pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu
mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya
jerawat.
6. Hilangkan Jerawat Dengan
Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu
dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian
gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering
di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.
7. Hilangkan Jerawat Dengan
Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan
dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air
basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri.
Selepas kering, cuci dengan air suam.
8. Hilangkan Jerawat Dengan
Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan
dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke
seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi,
basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi
jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
9. Hilangkan Jerawat Dengan
Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan
campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya
sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam
dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu.
Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada
tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air
biasa.
10. Hilangkan Jerawat Dengan
Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan
garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat.
InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
11. Hilangkan Jerawat Dengan
Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut.
Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang
ditumbuhi jerawat.
12. Hilangkan Jerawat Dengan
Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian
cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu.
13. Hilangkan Jerawat Dengan
Kanji Nasi.
Sejukkan sedikit nasi.
Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam.
Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
14. Hilangkan Jerawat Dengan
Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam
kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan
kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas
dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi
jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
15. Hilangkan Jerawat Dengan
Larutan Tepung Kanji.
Sapukan sedikit larutan
tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia
akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.